Dec 7, 2010

Review Filem yang saya tonton :)


salam :)

since cintahati aku ni sedang busy dgn nendachenta nya,aku nak amik kesempatan menulis seberapa byk entry2 yg aku rasakan perlu :) thnx kepada yg sudi membaca.

FILEM

kenapa filem?

"kerana kebelakngan ni aku ngan kawan2 macam addicted dah tgk movie =D"

ok kawan2..since beberapa hari kebelakangan ni aku dah tgk 6 movie kt panggung,maybe tak sebanyak org lain tapi aku nak gak cte(lantaklah ni blog aku :p).

UNSTOPPABLE


sape kan tak kenal denzel washington...huhuu...ok komen aku ttg filem ni,awal2 movie ni aku mmg tertarik lah dgn pemandangan2 sistem lokomatif ni,dari kepala gerabak sampai lah ke gerabak2 yg belakang,dalam satu stesyen tuh mmg ade byk gle landasan,siap leh pusing2...mmg style gile...aku seorg fanatik lokomotif kalo korg nak tau lah :) so cerita ni mmg membuatkan aku rasa sgt teruja...ok then bila sampailah kebodohan seorg mamat ni yg turun dari kepala ketapi tu untuk tukar lane,dia lak telupa nak tekan suis ape tah,maybe suis emergency break kot,waktu dia turun tu tbe2 gear ketapi tu pegi ke tahap maximun speed...wah bermula dari situ sampailah ke hujung mmg penuh ngan aksi...keratapi tanpa penumpang melalui landasan yg bertentangan,OMG !!! mmg membuatkan jantung berdegup kencang :) mission mereka2 yg terlibat adalah untuk memberhentikan keretapi b4 masuk high population town yg maybe membahayakan byk nyawa dan juga terdapat satu selekoh jambatan keretapi yg mana ada maximum speed untuk lalu kat situ,if laju sgt leh terbabas dari landasan n jatuh betul2 atas tong simpanan minyak.waaaaaaa seram kot...n if nak tau lebih lanjut g tgk sendiri since ade lagi kot kt wayang :)

Fatah menonton filem ini bersama Mohd Afik :)

rating dari Fatah

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *
8/10

kenapa tak 10/10?sebab filem ni tak mampu menahan afik dari lelap :)




ESTET


filem ni pulak berkisarkan ttg kehidupan di estet,peneroka2 ditindas oleh org2 atasan,org2 atasan yg menyalahgnakan duit hasil peneroka2 dan kisah dendam,hutang,macam2 lah...bg sesetengah org,filem ni maybe agak bosan,tapi bg pandangan aku lak,filem ni bagus sebab kita kdg2 tak tahu dan tak pernah nak amik tau pasal kisah2 di estet,bak kata kawan aku Naza,hanya orang2 seni je akan paham hasil karya mamat khalid ni.sgt setuju :)

Fatah menonton filem ini bersama Naza Lokman dan Mohd Afik

rating dari Fatah

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *
6/10


THE NEXT THREE DAY


ok kawan2,cerita ni pulak aku tgk di Pavvy.cte ni kisah pasal sorg bini yg tbe2 kena tangkap n kena penjara atas tuduhan membunuh,anak dia lak malu ngan dia sebab kat sekolah sume org asik cte pasal mak dia ni,yg laki dia plak sgt2 sygkan dia,takde nak curang2 ngan dia,pastu berusaha untuk bebaskan bini dia...pas beribu cara laki dia guna,dia takde bukti nak lepaskan bini dia,at last dia rangka satu strategy untuk bawak kuar bini dia n lari ke luar negara...mmg sgt suspen jugak...bab dia plan untuk bawak lari tuh mmg best...giler nye idea...heheee...

Fatah menonton bersama cintahati,Naza Lokman dan Cik Ariko(double date before pg Event Herbalife)

Rating dari Fatah

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *
8/10

kenapa 8/10,lebih dari estet,sebab tekun gle tgk cte ni,sampaikan cintahati gurau2 nak tutup mata pun kena marah :p


THE SOCIAL NETWORK


wokeh,base on the book written a few years ago...cte ni bekisarkan macam mana rangkaian social network terbesar iaitu facebook mula2 diasaskan.hehee...cte ni mmg sgt2 best...nak tau kenapa best...huk2 hampir semua kot kawan2 kte ade fb,benda ni dah macam trend sekang...dari mana idea tu dtg...camne waktu mula2 nak bangunkan fb...huhuuu cte agak laju kerana maybe tu mmg cara owner fb ni bercakap kot...hehehee...so if korg ade fbook better g tgok...dijamin tak menyesal :)

Fatah menonton filem ini bersama Naza Lokman,Mohd Afik dan Faizal Jay(sorry FJ ni takde fb lg)

Rating dari Fatah

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *
9/10

cerita yg sgt bagus untuk ditonton


RAPUNZEL : A TANGLED TALE


haha..mmg agak kelakar bila tgk cte kartun...aku tgk kartun?leh caya ke?ye mmg aku g tgk :) sgt best cte ni...kelakar yg spontan n jalan cerita yg agak menarik,graphic yg baik...cte pasal pempuan rambut panjang yg kena control oleh ibu tiri dia...actually dia ni anak raja,sampailah dia jumpa seorg pencuri ni yg bawa dia ke dunia luar.

Fatah menonton bersama Naza Lokman,Mohd Afik

Rating dari Fatah

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *
7/10

kenapa 7?sebab foul kerana ni adalah muzikal,asik2 nyanyi :(


DUE DATE


akhirnya sampai lah ke movie terakhir yg aku tgk lately,sampai sekang masih terngiang2 lagi bunyi ketawa pecah panggung :) cte ni aku tgk macam best sebab pelakon ironman tu,upanya dia biasa2 je,yg ag sorg tu wat aku gelak besar sampai mengalir air mata :) cte mmg best...kesah mereka berkongsi perjalanan apabila sama2 terlepas flight...gile best adventure diorg ni...korg WAJIB tgk cte ni k...sgt2 best tp sorry kepada adik2 yg sekolah,korg takleh masuk ok :)

Fatah menonton filem ni bersama Naza Lokman,Mohd Afik dan Faizal Jay.

Rating dari Fatah

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *
full star :D

kenapa full star?sebab korg takkan menyesal tgk cte ni...awal sampai habis gelak je :)))

ok,selepas beberapa kali aku berhenti dan smbung berhenti dan smbung balik,akhirnya dah maghrib...sewaktu entry ni ditulis baru kol 10 pg :p pemalas kan aku :) ok masa untuk mandi n solat n macam2 lg...macam nak g tgk movie...hurmmm nak tgk cte 'Aku Tak Bodoh' tapi takde org nak ikut :(

p/s : saya termarah cintahati :( sorry ye cintahati :(






Dec 6, 2010

Antara Teh Tarik dan Wak Jual Mi Kari.

salam maal hijrah.
cintahati
kawan2
semua yg membaca :)


MI KARI :)

kenapa mi kari?
sarapan mi kari ke?

actually takde pape pon,just nak share sedikit pengalaman sewaktu aku duduk minum di sebuah kedai :) kedai tu pulak mmg ada jual mi kari yg super delicious :) memandangkan aku sedang dalam program penurunan berat badan,aku just amik segelas tea untuk dapat feel baca paper :)

tiada apa yg istimewa pun berlaku,just duduk menghirup udara pagi dan juga bertemankan KOSMO! :) tapi yg aku nak ceritakan sebenarnya lah adalah pengalaman aku daripada blogwalking.tersinggah di sebuah blog yg aku cukup kagum ngan penulisan ownernya.

ni mesti wak ni tak baca blog aididmuaddib :) sebab aku tgk tergantung kat kedai tu produk yg tampal2 kat kaki tuh,yg boleh buang toksin tu.aku pun tanya lah kat wak tu.

Fatah : "wak,ok ke benda ni,boleh buang ke sume toksin2?"
Wak : "wak hari2 pakai,boleh,hitam2 sume kuar."
Fatah : "takkan hari2 ade toksin,dah bape lama wak pakai?"
Wak : "dah 2 tahun wak pakai"
Fatah : "wak,t balik suh anak atau cucu bukak blog saya ok,t sy buat entry khas pasal wak"

terus aku meninggalkan wak tu dgn kekeliruan :) if wak betul2 baca blog aku ni,ada sikit pesanan untuk wak.

wak,kenapa org melayu kita senang kena tipu wak?toxin keluar bukan cara macam tu wak...tu sume nak tipu wak je...sebab tu yg pakai kebanyakan org2 kg je wak...doktor2 pun tak ramai yg pakai,silap2 takde yg pakai wak..wak tak salah,saya dulu tak tau jugak wak,tapi sekang saya dah tau wak,saya nak share dgn wak biar satu keturunan wak tau sedikit sebanyak dari saya wak...saya tulis entri ni just nak wak dan sume kawan2 saya tau ape sebenar benda alah tu...

ok korg sume pasti nak tau,actually aku pun tau dari fav blog aku.korg boleh baca entri kat situ dgn menekan butang kiri tetikus anda di :

Detox Foot Patch - Teknologi Paling Lahabau Y'all!




p/s :
saya bangun dgn senyuman harini,tak tau kenapa :) maybe rasa sehat,so tanya saya bagaimana :)


Giveaway Domain dari Sumijelly & Sekilass.


dulu rasa macam weird je giveaway2 dalam diari2 blogger2 ni...tapi since aku terpandang hadiah untuk GA kali ni,aku rasa terpanggil untuk menyertainya :)


huk2 :) ade soalan yg wajib dijawab :) soalan berbunyi seperti berikut :-

Kenapa anda ingin DOMAIN itu?

"Saya inginkan domain itu kerana saya tidak pernah mempunyai domain,how it feel when we have our own domain? i badly want to feel..."

ok after that kena tagged 3 org untuk join contest ni :) andailah org yg aku tagged ni yg menang,sure aku akan mengamuk sebab menyesal tagged diorg,heheh kidding :p

so dgn bangganya aku mengetagged tagged :-


ok lastly nak tinggalkan link kat blog mereka :)

p/s : menang tak agak2?b4 ni tak penah pun menang cabutan bertuah :(


Awal muharram.Tiba-tiba hati jadi sayu :(

Azan berkumandang di Masjid Kg Paya Datok,bertentang dgn rumah aku ni.Tbe2 hati rasa sayu,sayu yg teramat sgt.Habis je tulis status kat FB,bergelinang jugak air mata :(


ye mmg sgt rindu..he's the best person i've even met.

ok cakap pasal tahun baru ni,mesti ada azam :) aku ada byk benda nak achieve next year.nak share tak ngan korg?memandangkan aku tak ramai follower macam dila,so aku decide untuk share je.sebab korg sume kawan2 aku jugak :)

  • aku nak stabilkan diri aku yg agak tak stabil selepas mengambil keputusan quit dari kerjaya aku dan tumpukan sepenuh perhatian kepada penurunan berat badan :)
  • aku nak berjaya turunkan berat badan,100kg at least before the next 'awal muharram' :)
  • aku nak semua org sekeliling aku amalkan gaya hidup sehat,family,kawan2.cintahati dah mengamalkan gaya hidup sihat so rasanya takperlu nak wish :p
  • insyaAllah,aku nak hantar ibu n nenek g umrah :) nak ibu selalu g umrah,macam waktu arwah abah ade dulu.asik2 pegi umrah.n for the first time aku antar ibu n nenek g umrah aku nak join jugak.lama dah tak cium HajarulAswad,rindu dgn keindahan kota suci Makkah dan Madinah :)
  • aku nak berubah menjadi insan yg lebih beriman.
  • aku nak hubungan dgn cintahati aku direstui semua dan kekal ke jinjang pelamin.insyaAllah :)
ok selesai wish list aku...so far aku akan cuba penuhi semua impian aku next Islamic year :) so korg pulak ape  wishnya?put it on ur blog,share a little credit for my blog since i've got an unpopular :( at least org2 yg baca blog korg akan baca gak blog aku :)

thnx everyone :)

p/s : today is my 4month anny with my one and only CINTAHATI :) klik untuk ke blog dia :)

Nov 26, 2010

For those who cares...

Assalamualaikum..
cintahati
kawan2
siapa2 lah yg sedang membaca

sorry,tak tau nak tulis ape...antara sebab2nya adelah :-

1) aku bukan rajin nak blogwalking
2) aku bukan fanatik nak tulis blog
3) aku tak ramai follower
4) aku tak suka nak contest2 ni,Give away sume...tak reti

pendek kata jiwa aku bukan jiwa seorg blogger.

honestly dah kurang minat nak bukak blog lg....adalah sebab2 tertentu..ingatkan ok tapi makin lama makin meluat..better aku tumpukan pada apa yg aku impikan..apa yg aku impikan?mcm2 aku impikan,biarlah jiwa ni je yang tahu..

selamat malam dunia !!


p/s
tak tau ade lagi ke tak pos lepas ni...tggu dan lihat je lah...

Nov 20, 2010

Baru lepas ke kenduri kahwin :)



kawan2,aku baru je pas balik kenduri kahwin...so need a rest...see u later :))

Tag?ada rupanya benda ni kat blog =)


ok kawan2...selamat malam(pagi actually)...lama dah tak singgah kat mr blog yg hensem ni...

ok berkenaan tajuk di atas,siapa2 yg di 'tag' oleh blogger2,dia kena buat benda yg sama dgn apa yg blogger2 tu buat...paham tak?buat2 paham je lah...malas kut nak tulis panjang2...

ok saya telah di tag oleh cintahati sy beberapa hari yg lepas,so baru hari ni dapat balas sebab terlalu banyak komitmen,mintak maaf yer cik cinta hati n lain2 stalker :) berikut adalah soalan2 yg perlu saya jawab...sy akan cuba jawab seikhlas hati tanpa sedikit pun penipuan :))

APA BENDA PALING PENTING DALAM HIDUP ANDA?

duit
handphone
transport
PC ngan internet
lighter :p


BENDA TERAKHIR YANG KORANG BELI PAKAI DUIT SENDIRI?

hurm dalam sejam yg lepas baru beli winston light :p


DI MANA NAK LANGSUNGKAN PERKAHWINAN,APA TEMA PILIHAN?

Bt 16 1/2 Kg Paya Datok 78000 Alor Gajah,Melaka :)
tema : takde tema,just nak everything in blue :)


ADAKAH SEDANG BERCINTA?

yeah,of course,dgn gadis pilihan,Fadhilah a.k.a cintahti :))


BERAPA LAMA AKAN MENCINTAI KEKASIH?

insyaAllah,jika dia jodohku,sampai ke syurga :)


NOVEL/BUKU TERAKHIR DIBELI?

Apo? terbaik dari ladang....lambok idola tuh :)))))


ANTARA MAK/AYAH,MANA YG LEBIH MESRA?

currently ofkos my one and only IBU...but waktu arwah abah ada,dua2 same je kot...tp lau nak pape mmg kat ibu lah...abah serius sket...tp dia sgt best...sporting,tak kemut,tahan je perangai aku yg macam H(tiiru style dila),dan tak pernah abaikan kami adik beradik :))

p/s alfatihah untuk arwah abah yg kembali ke rahmatullah pada 6 Mac 2009 :(
semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...


NAMAKAN ORANG YG INGIN SANGAT NAK JUMPA

1) Mark Hughes (R.I.P)
2) John Terry
3) Celine Dion(nak btau kat dia yg ibu aku sgt2 minat kat dia) :p
4) Oprah !! aku sgt addicted dgn dia ni..
5) Kobe Bryant,my most fav sportsman ever !!!


ADAKAH KORANG BASUH BAJU SENDIRI?

ok,honestly,no :)


TEMPAT YANG PALING INGIN DILAWATI?

byk kot...tp for the moment,aku akan usahakan untuk pergi ke 3 tempat ni..

1) Stamford Bridge,sape2 yg kaya tolong bawak sy ke sana please !!
2) Jambatan yg menghubungkan benua eropah n asia,ape tah nama jambatan tuh,korg g lah google...pemandangan kat situ sgt cantik :))
3) aku sgt2 teringin nak duk kat satu bukit kat brasil,yg ada christian nyer patung besar kat atas bukit tuh,tp bukan sebab patung tu ok,aku just nak tgk pemandangan perkampungan setinggan sepanjang2 lereng bukit tuh...lawa gileeeeeeeeeeeeee !!!!!!


contoh gambar2 rumah setinggan di brasil :)


PELUK ATAU CIUM?

both,tp kalau kena pilih satu,peluk better :)


3 BENDA TENTANG ORANG YANG TAG ANDA?

fadhilah a.k.a cintahati

dia sgt baik
dia sgt menjaga hati saya
dia sangat HEBAT untuk saya :p


SANGAT SAYANG KEPADA.....

ibu
dila
siblings
nenek
afik,naza
everyone around me :)


5 LAGU YANG KORANG SUKA DENGAR?

1) Mungkinkah Terjadi - Spider
2) Here without you - 3 doors down
3) my All - Mariah Carey
4) Can't stop - Red Hot Chili Pepper
5) Resistance - muse


5 BLOGGER YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK JAWAB TAG NI?

1) wani
2) naza
3) kak fie
4) afik
5) rasanya takde org len kot yg baca blog ni :(


SEKIAN TERIMA KASIH

p/s
kebas2 kaki nak wat entry nie :)






Nov 18, 2010

Sorry,Fatah busy lagi :(

Assalamualaikum...
cintahati
stalker2 (ade ke?)
kawan2 yg aku sayang :)

sorry i've been busy at the moment....takde masa nak tulis blog..for the first time mesti ada yg tertanya2 siapa fatah ni?hebat ke dia?hensem ke?org mana?camne lifestyle dia? dll :)

ok i've got a entry about me :) cuma belum ada masa nak publish kan...sory guys..

untuk cintahati aku,sorry didnt have time to answer ur tag question :) i will...dont worry n keep reminding me :)
i love u :)

p/s fatah dah ngantuk..dah nak dekat kol 5 ni..nyte :))))

Nov 14, 2010

FIFA 11,we are 11 =)



heheh...nak tulis sket pasal FIFA 11...fifa 11 ibarat dadah bg aku sekarang...sgt2 menarik...grafik sgt superb..membuatkan aku tak gerak dari pc...

dalam FIFA 11 ni yg pling menarik bg aku adelah persamaan player2 dalam ni dgn real player kat luar sana...hurm macam contoh John Terry,if dia nak sepak bola pasti dia akan amik step ala2 melompat...Joe Cole,kalau dia slow jog,bontot tonggek...Gerrard,if dia wat through ball,badan dia sure akan tertunduk...dan byk lagi lah...cara larian,cara tahan bola mmg sebijik...sgt excited dan mengujakan...

n untuk FIFA 11 ni,fav team aku adelah Fulham :)) kenapa fulham?style play dia sgt best,rasa penuh je padang,mana2 aku nak pass bola mesti ade org,striker yg pandai curi ruang(Zamora n A.Johnson),playmaker yg superb(Dempsey) dan penjaga gol yg cekap(Schwazer,betul ke aku eja ni?)

antara latest2 result aku main untuk Fulham adalah

Fulham 3-0 Real Madrid
Man United 1 - 3 Fulham
Chelsea 1 - 0 Fulham (mana leh chelsea kalah beb,heheh)

dan macam2 lg lah...sumenya adalah dari tahap kesusahan WORLD CLASS ok !! bukan amateur,kalau amateur lah,if ada team Alor Gajah pun boleh menang lawan real madrid :)))

ni sedikit sebanyak gambar2 yg aku dapat dari Google images ttg FIFA 11,enjoy :)))






p/s
permainan komputer melalaikan(macam lah aku tak main kan)

Fatah kembali lagi =)


salam kepada semua !!
cinta hati,
follower2 (even baru 6 org je)
rakan2 facebook
dan semua nya lah

i've been busy beberapa hari ni,sorry sebab tak berkesempatan menulis blog dgn telus...ok first of all nak tulis pasal sumthing yg jadi beberapa hari lepas =(

JUMAAT (12/11/2010)

hari ni sepatutnya aku akan ke KEDAH...byk reason dan sebab2 untuk aku ke sana,sebab utama adalah aku ingin menemani cinta hati aku balik dari kedah ke kl,if tak dia akan memandu bersendirian,oh mmg aku tak percaya...sebab first time aku naik kete dia,belum smpi 50 meter dah masuk lobang :p so aku mmg tak pecaya lg dah...hehehee

ok2 seawal pukul 9 pg (awal ke?) aku dah bgun siap2,sarapan2 (HEALTHY BREAKFAST,ASK ME HOW) dan duduk menghadap pc aku yg agak dah tak laju ni..tapi disebabkan hari jumaat so aku pun bersiap2 juga nak ke masjid...

selesai solat jumaat aku pun siap2 lah tggu kawan aku yg agak hensem selapas turun lebih dari 50kg (ASK ME HOW) dalam beberapa bulan...naza cakap ngan aku dia akan sampai kol 3,tapi biasalah janji org2 melayu kita,tepat jam 330 dia sampai dgn sedara becoknya,Nur..

dgn menggunakan jalan lama alor gajah seremban,kami pun bertolak menggunaka civic 1.8 tahun 2009 encik naza...hampir sejam sampailah kami di stesen ktm seremban,uhuk sedihnya aku nak tgglkan kawan2 (poyo jer)..rupa2nya di situ untuk amik wani yang comel iaitu awek naza :)

setelah agak berpeluh laa tggu diselangi dgn ketawa akibat majalah apo? keluaran terbaru,wani pun tbe dgn gaya2 tak bersalah...heheheee...ingat nak terus nek ktm dah,tapi baru kol 5...t smpi kl central bru kol 6...perghhh nak dekat 3 jam kot aku kena tggu sorg2...bosan aku...then decide untuk kena nasi lemak rahang(sumpah sedap giler,24 tahun aku hidup,tak penah aku makan nasik lemak se best kt sini) dan menunggu sehingga waktu maghrib memandang kan naza berpuasa....

ok done,tgh2 makan abg ipar n along aku dtg dgn adik bongsu aku,adik perempuan aku(dia kt kolej mara semban) n sorg kawan dia. abg ipar aku ni nak amik adik aku sebab cuti nak raya kan...

WTF !! baru aku teringat yg cuti raya haji dah start...ade ke tiket train nanti?

730 aku sampai semula kat stesen ktm,naza aku tak bg balik dulu,seram lak aku...mana tau takde komuter sampai...ye mmg tepat sekali,810 masih takde train...

kembali ke MBV5109,aku suh naza tlg antar aku ke kl central...lebur duit rm6 sebab tiket komuter dah beli,tuang2 minyak n tol sket,rabak lg...haishhh takpe2...sampai2 je di kl central,dgn manjanya akak kaunter tu cakap,tiket ke utara dah habis dik,sampai 16hb...OMG !!!!

aku ape lagi,terus lari berjalan carik naza balik....macam mana ni...hurmmm nak naik bas aku mmg dah trauma dah...ade je bas terbalik,masuk gaung,terbabas...haishhh....

tapi disebabkan dah janji nye pasal,aku usahakan jugak...meh2 kite ke bukit jalil (hentian sementara)..

hampir jam 10 malam di bukit jalil...



Fatah : Bang mana kaunter bang?
PakGuard : kaunter kat dalam,nk g mana tu?
Fatah : alor setar bang..
PakGuard : kaunter jauh dik,kalau nak beli kat ulat ade tuh,dah nak jalan dah pun...
Fatah : takpe bang,sy prefer beli kat kaunter (nampak tak betapa disiplin nyer aku a.k.a takut kena kencing)

berlari berjalan lah aku ke kauter...dgn rilek je mamat ensem ni cakap tiket dah habis...

OMG !! what should i do?ok fatah,tenang2...amik hset call cinta hati dulu...ye mmg tepat sangkaan aku dia tak kesah tp dia sedih :(( arghhh serba salahnya...

dan pulang lah aku ke bumi melaka...

ade juga usaha2 aku untuk ke sana,takyah tulis lah..agak riak nanti bunyinya..hehehe...

so dari cte2 di atas ni...mmg aku sedehlah sket...tapi god knows better kan...so aku tak amik pusing sangat...just perkataan SORRY untuk cinta hati mampu aku luahkan...nasib baik dia memahami...syg awk cinta hati :)

tp satu lah yg aku takleh lupa dari kejadian malam tu adalah,

TANDAS KAT HENTIAN BUKIT JALIL MACAM ********

tolonglah !!! even tu hentian sementara adjustlah sket...aku ni tahan nak kencing macam nak gle,sampai kat tandas tu terus air kencing aku majuk takmu kuar tau busuk nyer pasal...busuk,becak,kotor,takde air...alaaaaaa come on man...negara membangun kot...beribu pelancong ke situ setiap hari...takkan nak tggu aku jumpa blog pelancong yg cakap tandas kat situ hampeh bru korg nak selesaikan masalah tu...mentang2 aku ni sape jer untuk korg pedulikkan...

ish lenguh dah menaip..jarang lak aku taip panjang2 macam ni :) moral of the story,rancang perjalanan anda :)) jgn cadi cam FATAH HEBAT ni :)))

p/s 
chelsea kalah lagi...
bukan kalah tapi kena belasah ngan sunderland :((

Bila diri telalu BZ


sorry kawan2...dah sgt2 busy skrg...hope dapat update secepat mungkin :) love u all

Nov 12, 2010

Untuk cik blog

cik blog,hari ni saya sedih sgt,byk benda sy nak kongsi,tp sy tak mampu nak tulis lg..take care encik blog..thnx 4 always hearing me...

Nov 11, 2010

Saya ada 5 follower :) tak ramai,tapi saya bangga dgn follower2 saya :))




once again,title kali ni juga rasanya takkan ada kena mengena ngan entri ni =)

just nak bgtau aku ni tak demam pon actually,just tekak sakit,suara dah hilang..oh takkan nanti nak cakap ngan cik cinta aku guna bahasa isyarat kot?huhuhu...

hurm beberapa jam lagi akan berangkatlah aku ke negeri kedah,insyaAllah esok awal pagi sampai lah aku...dari rumah ke seremban maybe naza or abg ipar aku anta...merangkak naik komuter sampai ke kl central(tempat membersihkan mata yg agak kelabu) then baru amik keretapi ke negeri darul fatah aman itu...

n i'm back here again after a few days ok kawan2 n cinta2 cinta ku :)

love u all

Kerana Sahabat itu satu perkataan dari hati..




Assalamualaikum kawan2 sekalian,tajuk di atas sama sekali tiada kena mengena dengan entri kali ini.

untuk pengetahuan korg aku ni bukan lah suka sgt tulis panjang2..tapi aku suka tulis dgn banyak...means kalau satu post aku tuh mmg pendek2 laa tapi ia akan jadi banyak post...so harap paham !!

buat yang pertama kali singgah ke blog aku ni,bukan ade ape pun,aku tak sehebat blogger2 yang lain,oh media,joegrimjow,adib n ramai lg lah kalau aku nak tulis kat sini...even ngan endless story pun aku kalah dari segi bilangan followers :)

ok harini malam ni aku nak kongsi sket..aku hampir ke arah demam :((

waaaaaaaa esok dah nak bertolak ke utara,nape harini sibuk2 nak demam ni...aisehhh camne nak jalan jauh2..sorg2 lak tuh...perlu ke demam melanda aku?

dugaan tuhan fatah,takkan nak demam pun dapat email dulu mengatakan ko nak demam...hehehe...

so tindakan aku setelah demam ni adalah aku meminta diriku supaya tdo awal...memandangkan cik cinta hati saya juga telah tdo maka saya rasa saya pun dah perlu lah tdo ni...

p/s
kalau demam,lebihkan minum air masak :)

Selamat petang :)

ucapan yg biasanya akan diberikan ketika seseorang bangun tdo adalah SELAMAT PAGI.So if bru bgn tdo petang?kira ok lah ni kan :)

Nov 10, 2010

Bila terlalu taksub.




sekarang ni heboh pasal seorang artis berpangkat dato' (datok ke?) yg setup satu company MLM,jual gelang konon,gelang boleh sembuhkan penyakit,hahahha kelakar siot...yg speaker2 bodoh dia pun artis2 jugak,kira ok lah tu gunakan populariti untuk menipu anak2 melayu...hehehe...yg paling aku tak leh blah ade lah diorg nyer marketing plan ataupun senang aku katakan,itu adalah cara menarik ahli2 baru...

TAK PERLU JUAL BARANG
TAK PERLU CARI ORANG
TUNGGU GILIRAN SAHAJA
DAPAT WANG

yea datok,aku mmg sgt2 setuju...

TAK PERLU JUAL BARANG
(agreed)
TAK PERLU CARI ORANG
(pun agreed)
TUNGGU GILIRAN SAHAJA
(erk kenapa macam ni ayat dia,sampai bila giliran tu nak sampai?kenapa ada yg complain dah setahun join tapi sesen pun tak dapat lg?kenapa ye datok?)
DAPAT WANG
(mana ada duit tanpa usaha,pikir logik lah sket)

bape puluh testimoni company ko datok?yg mengatakan gelang ko tuh leh sembuhkan penyakit?bape puluh pun ko cakap aku dah tak caya dah,sebab sumenye mengaburi mata org melayu,mintak maaf aku cakap,kdg2 melayu ni nampak duit sume lupa,hai lah bangang...setakat ko copy n paste testimoni pastu kau masukkan as ko punya testimoni,hahaha ko leh jalan lah...datok pun tah betul ke tidak wallahualam...

diorg ni terapkan nilai2 positif dalam bisnes kononya,tapi ni salah seorang ahli diorg ni yg tah baru bape sen dapat tapi cakap POSITIVE terusssssssssssssssssssss.....



n for ur speakers2 too...
salimok af4
afivv my star lg
lang kristel (aku peminat setia kristel ni,tp lepas ni?sorry lah,no more)
rosmok af
dll..

berenti lah weh...ko g jadi artis hiburkan hati org lg better dari ko musnahkan bangsa ko sendiri...wtf !!!!

thnx kepada blogger2 yang berjaya memberikan FAKTA bukan FITNAH  ttg company datokkkkk ni...

credit to
Aidid Mu'addib 
Joe
dan rakan2 blogger yang lain.



p/s
bukan senang nak senang :)

Mereka ini sangat penting dalam hidup saya.

out of my family(yg ofkos la mmg paling penting untuk aku),ini lah 3 org yg sgt2 penting dalam hidup aku,susah senang,mcm2 kisah dikongsikan.just can't omagine how life would be without them....


nazarudin lokman
24 tahun
in a relationship with cik ariko
kawan sejak tahun 2002
kelakar,tak reti marah,pakar dalam memberi alasan2 tak munasabah :)


afik dinin
24 tahun jugak
in a relationship with cik mia amira
kawan sejak tahun 1993 ( uii lama gile)
serius orangnya tapi kalau dah gelak,mmg terabur dunia :)
di sebelah afik adelah joe,antara blogger yg aku kagumi :)


fadhilah sabbar
23 tahun
single kot
kawan baik sejak 1987
mengade2,bakal cikgu,bakal ibu,bakan nenek,bakal pengantin

CINTA HATI SAYA !!!



mereka-mereka di atas sgt bermakna,macam2 dah dilalui bersama.semoga ALLAH mengekalkan hubungan kami ke akhir hayat.amin :)



I'm going to get the first follower :)

ini adalah kerana cinta hati saya sudah mendapat link dan akan menerjah pada bila2 masa :))))


welcome dila !!!

Bangun seawal jam 9 pg.

sejak kebelakangan ni selalu dah tdo lambat...tgk bola lah,men adcabal lah,borak2 lah,g kl lah dan macam2 lg alasan yg aku gunakan untuk tdo lambat...macam beberapa jam yg lepas,aku tdo hampir pukul 6 pg...tp kol 9 lebih sket dah terjaga...t ptg ngantuk2...dah lah tdo petang tak best...adehhh...

bg sesetengah org bgun pukul 9 lebih tu dah kira lewat,so dalam kes aku ni dikira bgun lewat or awal?

p/s :: ni semua chelsea punya pasal,congrats sebab menang lagi :)

I'm back for blogging.

selepas beberapa tahun menyepi dari menulis blog,akhirnya aku kembali menulis..ini semua adalah gara2 cinta hatiku seorang yg rajin menulis blog + banyak perkara2 di luar sana yang buatkan aku rasa terpanggil untuk menulis semula..kepada kawan2,be my follower,u all takkan menyesal..ok enough for my 1st post..for those who dunno me,i'll bet u dont want to know me.till later :)

p/s :: terpanggil untuk membuat blog sambil menunggu game EPL awal pagi ni :)